Crest Link rancakkan pembangunan sukan golf - Utusan Malaysia

Crest Link rancakkan pembangunan sukan golf

KEJOHANAN Golf Junior 2022 anjuran Crest Link di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama golf terkenal Malaysia, Crest Link tampil dengan inisiatif menganjurkan kejohanan Golf Junior 2022 bagi merancakkan lagi pembangunan sukan golf di peringkat akar umbi.

Kejohanan yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam pada Rabu lalu itu mendapat sambutan yang begitu baik dalam kalangan pemain golf muda negara.

Pengarah Urusan Crest Link, Raymond Yee berkata, kejohanan itu merupakan inisiatif Crest Link untuk mendekati lebih ramai pemain golf remaja dan amatur yang bercita-cita tinggi di negara ini.

Raymond berkata, ia juga merupakan satu komitmen untuk pembangunan sukan golf yang mapan di rantau ini dan telah menjadi tanggungjawab Crest Link melahirkan lebih ramai pemain golf masa depan.

“Kejohanan ini pastinya akan menjadi pentas mewujudkan peluang sukan yang banyak bagi golongan belia selain mengorak langkah untuk lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Tambahan pula, kejohanan ini menjadi platform untuk mewujudkan minat di kalangan pemain golf muda untuk terlibat dalam bidang sukan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejohanan Golf Junior 2022  melibatkan pertandingan dalam empat kategori iaitu bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

Menurut Raymond, Crest Link akan terus memberikan komitmen dan menyokong semua pemain muda bersama Persatuan Golf Malaysia (MGA) untuk mencipta lebih ramai juara muda pada masa hadapan.

Sempena kejohanan tersebut, Crest Link turut melancarkan produk baharu mereka Junior Collection iaitu pakaian sukan golf yang direka dalam pelbagai rekaan dan warna yang estetik dan pada masa yang sama mengekalkan imej dan keselesaan pemain golf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya