Bot nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

Bot nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

SEBUAH bot nelayan Indonesia bersama lima kru termasuk tiga remaja bawah umur ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang pada kedudukan 52 kilometer barat daya Pulau Kendi kerana menceroboh perairan negara semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima kru semalam kerana didapati menceroboh perairan negara.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Abd. Razak Mohamed berkata, bot itu ditahan di kedudukan 52 kilometer barat daya Pulau Kendi, kira-kira pukul 4.10 petang.

Katanya, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara oleh KM SIKUATI semasa rondaan Op Tanjung.

”Ketika pemeriksaan dilakukan, bot yang berpangkalan di Pantai Labu, Sumatera Utara itu dikendalikan lima kru warga Indonesia termasuk tekong berumur 16 hingga 21 tahun.

”Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, malah tiga daripada kru juga didapati masih di bawah umur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2010 (ATIPSOM) kerana memperdagangkan kanak-kanak.

”Ini adalah tangkapan kedua yang membabitkan bot nelayan asing dari Indonesia untuk bulan ini di perairan Pulau Pinang.

”Tangkapan pertama adalah pada 14 September oleh KM NYALAU sekitar 94 kilometer barat daya Pulau Kendi,” katanya.

Tambahnya, bot bersama kru termasuk tekong dibawa masuk ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat dan bagi tindakan lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya