KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu sekali lagi mahu memastikan Pas sekadar menjadi kerajaan sepenggal apabila berhasrat menumbangkan semula parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pas membentuk kerajaan negeri selepas memenangi PRU14 dengan selesa apabila menawan sebanyak 22 kerusi daripada 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Parti itu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar selepas memenangi pilihan…