MELAKA: Kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu menyedari bahawa tiada pihak yang dominan dalam Perikatan Nasional (PN), lantas membolehkan sesebuah parti itu bercakap mewakili mana-mana komponen yang lain. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek (gambar) berkata, disebabkan itu, walau sebesar mana sekalipun sesuatu jawatan yang disandang dalam PN, ia bukanlah tiket untuk mengeluarkan sebarang kenyataan terutama berkaitan hala tuju dan dasar sesebuah parti gabungan.…










