Berdebar tiap kali dengar deringan telefon

Berdebar tiap kali dengar deringan telefon

IBU mangsa, Zahasnah Mohd. Zain mengharapkan anaknya ditemukan dalam keadaan selamat selepas diculik di rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan minggu lalu. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Ahli keluarga mangsa culik yang hilang sejak seminggu lalu meminta bantuan imam dan guru-guru pondok agama di sekitar daerah ini untuk mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan Rosnazirah Mohd. Naim, 36.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, kakaknya yang enggan dikenali berkata, sejak adiknya Rosnazirah atau dikenali Azie hilang 13 September lalu, keluarganya tidak putus-putus mengadakan solat hajat sejak hari pertama dia diculik.

“Setiap hari kami sekeluarga menunggu khabar berita mengenai Azie dan hati sentiasa berdebar apabila telefon berdering.

“Namun sehingga hari ini, kami tidak menerima panggilan telefon daripada mana-mana pihak yang meminta wang tebusan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Wanita itu berkata, sejak Azie diculik, mereka sekeluarga dalam ketakutan dan keluar rumah untuk urusan penting sahaja.

Katanya, susulan kejadian itu pintu pagar rumah sentiasa dikunci kerana mereka masih trauma dan berasa terancam dengan apa yang berlaku sebelum ini.

“Setiap kali kenderaan yang mencurigakan melalui kediaman ini, kami sekeluarga lapor kepada pihak puntuk keselamatan,”ujarnya.

Utusan Malaysia 15 September lalu melaporkan, polis mendedahkan kes penculikan melibatkan ejen jualan kosmetik di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, itu mempunyai kaitan dengan sindiket dadah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN