PETALING JAYA: Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka digazetkan minggu depan supaya dapat dikuatkuasa bagi melarang wakil rakyat bertukar parti. Ini bermakna jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini, ia dapat menjamin mandat rakyat dihormati dan mengelakkan situasi yang berlaku selepas PRU14 lalu berulang. Penguatkuasaan undang-undang itu yang dirangka sejak akhir tahun lalu menyaksikan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti ke parti politik lain terlucut keanggotaannya sebagai ahli Dewan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya