98,000 unit rumah PPR siap di seluruh negara - Utusan Malaysia

98,000 unit rumah PPR siap di seluruh negara

REEZAL Merican Naina Merican (lima dari kanan) bersama Mohamad (empat dari kanan) dan Teo Kok Seong (kanan) bersama para penerima surat tawaran program PPR Rantau pada majlis penyerahannya yang diadakan di Rantau, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kira-kira 98,000 unit rumah di bawah 156 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, telah siap sepenuhnya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kini terdapat sekitar 10,000 unit rumah PPR yang masih dalam pembinaan membabitkan 26 projek.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan projek PPR sebanyak 182 di seluruh negara sehingga 5 September lalu.

Menurut beliau, terdapat dua lagi projek PPR yang bakal dimulakan dalam masa terdekat iaitu di Bera, Pahang membabitkan 1,000 unit rumah serta di Pulau Pinang membabitkan 700 unit rumah.

“Skim perumahan sosial yang diberikan banyak subsidi ini merupakan komitmen berterusan tanpa jemu kerajaan sejak tahun 1982 lagi, yang bermula dengan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) sehinggalah PPR diperkenalkan pada tahun 2002,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Pengisian PPR Rantau, Taman Baiduri di Rantau di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Seramai 90 orang penerima manfaat skim sewa untuk milik (RTO) yang melepasi tapisan syarat kelayakan telah ditawarkan unit rumah PPR Rantau, Taman Baiduri dimana jangkaan pengisian bermula pada 1 Oktober ini. 

PPR Rantau mempunyai 100 unit rumah jenis teres satu tingkat meliputi ruang keluasan 700 kaki persegi dengan dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, dibina di atas tanah berkeluasan 6.7 hektar dengan kos sebanyak RM182 juta.

Mengulas lanjut dalam usaha memastikan agenda perumahan untuk rakyat diteruskan, Reezal Merican berkata, pihak kementerian telah memperkukuhkan lagi Hala Tuju PPR dan telah diluluskan oleh jemaah Menteri pada bulan April lalu.

Antara lain menurut beliau ialah pewujudan semula Program PPR Dimiliki dan PPR Disewa dengan hala tuju baharu yang menggunakan Peruntukan Pembangunan (DE) Kerajaan Persekutuan dan keluasan saiz lantai rumah PPR dengan hala tuju baharu iaitu 750 kaki persegi (kps).

“Dari segi penyediaan tanah pula, kebenaran pembinaan projek PPR Dimiliki dan PPR Disewa di atas tanah milik kerajaan Negeri tanpa perlu dipindahkan hak milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan serta kebenaran pembinaan projek PPR Dimiliki dan PPR Disewa di atas tanah persendirian.

“Terdapat perubahan harga jualan baharu PPR Dimiliki daripada RM35,000 (Semenanjung) dan RM42,000 (Sabah dan Sarawak) kepada RM45,000 seluruh Malaysia dan kadar sewaan PPR Disewa dinaikkan daripada RM124 kepada RM200 bagi PPR bertanah dan RM250 bagi PPR berstrata.

Selain itu menurut beliau, kenaikan kadar kelayakan maksimum pendapatan isi rumah pemohon PPR berpendapatan 40 peratus terendah (B40) daripada RM3,000 sebulan juga dinaikkan kepada RM5,000 sebulan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.