600 pelajar terlibat dalam PUM22 

600 pelajar terlibat dalam PUM22 

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) siri ketiga peringkat negeri Sarawak anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melibatkan 600 pelajar. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan sesebuah perniagaan, menyemai minat dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan  dalam diri peserta. 

“PUM22 juga dianjurkan bagi memberi kefahaman berkaitan tatacara serta perundangan yang dikawal selia SSM berhubung keperluan dan faedah mendaftarkan perniagaan, strategi perniagaan dan pengurusan kewangan, serta strategi pemasaran digital dan perkongsian oleh usahawan berjaya. 

“Program ini SSM membuka peluang kepada peserta untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang diperkenalkan bagi memberi kemudahan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan usahawan B40 dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa. 

“Bagi tahun 2022 SSM mensasarkan pelaksanaan sebanyak enam PUM22 di mana empat daripadanya dilaksanakan secara dalam talian dan dua lagi secara fizikal yang berlangsung di Negeri Sembilan dan  Sarawak,” katanya dalam sebuah kenyatan media. 

PUM22 ini melibatkan pelajar daripada Pusat Pendidikan Politeknik Kuching, Kolej Vokasional Matang, Kolej Vokasional Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading dan Pusat Latihan GiatMARA Satok.

Mengikut statistik SSM, dari 1 Januari 2021 hingga 31 Julai 2022, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan melalui SPPP adalah sebanyak 38,344 pendaftaran yang terdiri daripada 17,455 pelajar-pelajar IPT dan 20,889 usahawan B40. 

Beliau berkata, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang dikuatkuasa oleh SSM ini tidak terpakai di Negeri Sabah dan Sarawak kerana pendaftaran perniagaan di dua negeri ini terletak di bawah bidang kuasa negeri. 

“Namun, SSM sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkara ini agar setiap usahawan dapat menikmati apa jua bantuan dan faedah yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi-agensi seperti TEKUN, MARA, PERNAS dan lain-lain. 

“Sebagai alternatif, para pelajar boleh mendaftarkan perniagaan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan di Sarawak atau mendaftarkan entiti perniagaan mereka di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang di kawal selia oleh SSM,” katanya.

Beliau berkata, RM25,000 disampaikan kepada para pelajar di mana setiap seorang menerima wang tunai RM500 serta agihan Wakalah Zakat Korporat (WZK) SSM kepada 30 orang pelajar dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM kepada 20 orang pelajar asnaf.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya