UMNO JB nafi ahli ugut bunuh, bakar pejabat PKR

UMNO JB nafi ahli ugut bunuh, bakar pejabat PKR

wanita umno
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: UMNO Bahagian Johor Bahru menafikan dakwaan dan tuduhan bahawa insiden ugutan bunuh dan kebakaran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dilakukan ahlinya.

Ketua Penerangannya, Saipuddin Yusoff menegaskan, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan yang dianggap tidak berasas sama sekali.

Menurutnya, tindakan politik mengugut bagi menyelesaikan sesuatu masalah adalah bukan  budaya dan amalan ahli-ahli UMNO.

“UMNO Johor Bahru amat memandang serius dakwaan kejadian kebakaran yang berlaku di pejabat Ahli Parlimen Johor Bahru dengan ugutan bunuh kononnya datang daripada penyokong UMNO dan penyokong Datuk Seri Najib Razak.

“Tradisi ahli UMNO dan warga Johor kebiasaannya menterjemahkan ketidakpuasan hati melalui peti undi sepertimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

“Diharap jangan sesekali ada mana-mana pihak mencari publisiti murahan dengan mengaitkan insiden tersebut dengan menuding jari kepada ahli UMNO Johor Bahru sebelum lengkapnya siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Akmal membuat laporan polis bahawa dirinya menerima ugutan bunuh beberapa hari sebelumnya Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru di Jalan Idaman 3, Taman Larkin, di sini dibakar, semalam.

Dakwa Akmal, individu yang memaki dan mengugutnya melalui satu akaun media sosial tidak dikenali mengaku sebagai seorang penyokong UMNO dan juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Saipuddin menegaskan bahawa budaya samseng jalanan, peras ugut, reformasi dan merosakkan harta benda awam bukanlah budaya yang lahir daripada DNA UMNO.

“Kami akan terus fokus dalam mendekati masyarakat dan menyelesaikan isu-isu rakyat yang sememangnya menjadi agenda nombor satu kerajaan Barisan Nasional (BN) setelah mendapat mandat rakyat bagi membentuk kerajaan pada PRN lalu,” jelasnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN