Malaysia ke final Kejuaraan B-17 ASEAN 2026

Malaysia ke final Kejuaraan B-17 ASEAN 2026

MALAYSIA mara ke final Kejuaraan B-17 ASEAN 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 16 tahun (B-16) negara mara ke final Kejuaraan B-17 ASEAN 2026 selepas menewaskan Laos 3-0 di separuh akhir, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Indonesia itu, anak buah Shukor Adan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan menentang lawan yang beraksi dengan 10 pemain.

Laos terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Bounthasak Chandala dilayangkan kad merah seawal minit kelima permainan, sekali gus memberi kelebihan buat Malaysia.

Skuad negara berada di hadapan pada minit ketujuh menerusi sepakan penalti yang disudahkan Yusuf Nasrullah Ramli sebelum Aniq Thaqif Hairulnizam menggandakan kedudukan empat minit kemudian.

Pada separuh masa kedua, Muzakif Fitri Muhamad meledak gol ketiga untuk mengesahkan kemaraan skuad negar ake pentas final yang akan berlangsung Jumaat ini.

Dalam aksi final, Malaysia akan berdepan pemenang antara Vietnam dan Australia dalam satu algi ksi separuh akhir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN