Tentera Darat naik taraf BRS kepada BIS

Tentera Darat naik taraf BRS kepada BIS

ZAMROSE Mohd. Zain (kanan) membaca watikah pengisytiharan BRS kepada BIS di Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder di Padang Besar, Perlis hari ini. - FOTO/SYED AZLAN HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Pengisytiharan Batalion Rejimen Sempadan (BRS) kepada Batalion Infantri Standard (BIS) sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan negara.

Panglima Tentera Darat ATM, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, penstrukturan semula itu bagi menghasilkan keupayaan yang mampu beroperasi sepenuhnya serta melaksanakan pelbagai latihan sama seperti batalion infantri Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Renjer Diraja.

Katanya, Tentera Darat dalam proses melengkapkan keupayaan tempur dan peralatan meliputi senjata persendirian, senjata-senjata bantuan bagi melengkapkan keupayaan BRS sebagai BIS.

“Ini membolehkan kita melaksanakan latihan serta dapat diatur gerak untuk tugas operasi dalam mahupun luar negara.

“Justeru, kita akan mengutamakan anggota untuk menghadiri kursus-kursus kepakaran dalam pengendalian senjata-senjata yang akan dilengkapkan kepada mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, di sini hari ini.

Tambah Zamrose, seramai 611 anggota lain-lain pangkat dinaikkan pangkat selaras perubahan daripada BRS kepada BIS yang memberi peluang lebih luas daripada segi peningkatan kerjaya dalam ketenteraan.

Katanya, daripada segi infrastruktur, tentera darat akan menaik taraf kem mengikut spesifikasi BIS seperti penyediaan prasarana latihan dan rumah keluarga yang akan dibina secara berperingkat mengikut perancangan.

“Langkah ini perlu supaya latihan dapat dilaksanakan serta dapat menjaga kebajikan anggota BRS serta tentera darat amnya.

 “Sehingga kini, tentera darat telah menaik taraf kem BRS iaitu, Kem Batu Melintang di Jeli, Kelantan di mana Batalion Kedua BRS ditempatkan,” katanya. – UTUSAN

INFO SEJARAH REJIMEN SEMPADAN

(RS)

– RS ditubuhkan pada 12 Januari 2008 bagi menggantikan Batalion Infantri Siri 300 Askar Wataniah (AW) yang menjaga laluan sempadan.

– Tujuan penubahan antara lain bagi mengenang jasa dan pengorbanan Batalion Infantri Siri 300 AW terhadap kedaulatan dan kemerdekaan negara.

– RS telah ditubuh selama 14 tahun dan mempunyai organisasi pemerintahan tersendiri.

– Mempunyai dua briged iaitu 30 Briged di Semenanjung Malaysia dan 31 Briged di Sarawak.

– Terdapat 10 pasukan infantri RS yang bernaung di bawah briged-briged ini.

– RS merupakan kedudukan kekananan ketiga daripada 16 kor/rejimen dalam tentera darat dengan mengambil kira RS adalah kor infantri kategori elemen tempur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya