PETALING JAYA: Musim tengkujuh yang lazimnya melanda hujung tahun bukan halangan untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, situasi sama pernah berlaku pada 1999 apabila PRU10 diadakan pada bulan November. Katanya, dalam situasi cuaca yang tidak menentu pada masa ini, tiada masalah jika PRU15 mahu…