Takwim persekolahan ambil kira pelbagai faktor

Takwim persekolahan ambil kira pelbagai faktor

DR. RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG : Kementerian Pendidikan akan meneliti takwim persekolahan sesi akan datang selepas 2023.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beberapa isu menjadi faktor bagi pihaknya  mengekalkan takwim sedia ada, namun terus meneliti jika ingin membuat perubahan pada tahun-tahun berikutnya. 

“Banyak perkara dan faktor apabila bercakap tentang penyediaan takwim, bahkan sekarang kita masih teruskan perbincangan untuk tempoh tahun-tahun yang mendatang, bagaimana dan apa yang kita keluarkan itu kekal.

“Apa yang paling penting apabila bercakap tentang peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) dalam takwim asal dibuat hujung tahun, di negeri pantai timur ada Monsun Timur Laut, kebarangkalian untuk berlaku banjir itu tinggi, dan kita lihat konteks pengurusan paling besar adalah cabaran yang dihadapi oleh Lembaga Peperiksaan untuk menguruskan peperiksaan sewaktu banjir, ” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media pada program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sempena Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Kajang, hari ini. 

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan kalendar akademik bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 dan 12 Mac 2023

Selain itu, jelas Radzi lagi, kementerian turut mengambil kira tempoh masa agar tidak terlalu lama sebelum pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian ke peringkat universiti.

“Kita ingin pastikan kecekapan pelaksanaan SPM ini dipertingkatkan, maknanya momentum anak untuk terus belajar itu masih ada. 

“Jadi, takwim yang dikeluarkan itu kekal sepertimana yang dikeluarkan,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Radzi turut berkata yang Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk bertanding tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

“Kalau tiga penjuru, kami di PN bersedia bila-bila masa, PN bersedia berapa penjuru sekalipun. Kalau kita lihat perbezaan Konvensyen PN dan PWTC, jauh beza. PN cakap tentang integriti, bagaimana dapat membantu Malaysia jauh lebih baik, tetapi di PWTC? seperti langit dengan bumi, ” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya