Sesi terakhir Parlimen sebelum PRU15? - Utusan Malaysia

Sesi terakhir Parlimen sebelum PRU15?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih menjadi teka-teki, namun Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang melabuhkan tirai hari ini boleh dikatakan kali terakhir sekiranya pilihan raya berlangsung pada September ini seperti mana ramalan sesetengah pemerhati politik.

Mesyuarat Parlimen Ke-14 seterusnya sepatutnya pada 26 Oktober sehingga 15 Disember depan dan dijangka menyaksikan pembentangan Belanjawan 2023, namun ada cakap-cakap mengatakan PRU15 diadakan pada sebelum tarikh tersebut.

Jika mengambil kira faktor penerbangan pulang jemaah haji Malaysia pada 14 Ogos di samping sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Sambutan 16 September, kemungkinan pilihan raya umum (PRU) diadakan selepas ketiga-tiga tarikh itu jika mahu diadakan pada tahun ini.

Sekiranya selepas pembentangan Belanjawan 2023, mungkin faktor musim tengkujuh yang sering berlaku pada hujung tahun dan sambutan Hari Krismas wajar diambil kira bagi mengadakan PRU15.

Andaian lain adalah pada tahun depan ekoran hayat Parlimen Ke-14 berakhir pada Jun 2023.

Namun teka-teki itu hanya akan terjawab selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan Seri Paduka membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Sementara itu, hari terakhir Parlimen sesi Julai hari ini dijangka menyaksikan 10 RUU (Rang Undang-Undang) dijadualkan untuk perbahasan antaranya RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022, RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022.

Mesyuarat Dewan Rakyat sesi itu yang berlangsung 18 Julai mencatat sejarah apabila julung RUU Anti Lompat Parti diluluskan dengan sokongan dua pertiga ahli Parlimen untuk mengekang wakil rakyat melompat parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya