MIRI: Polis mengesahkan objek yang ditemukani seorang penduduk di Sepupok, Batu Niah kira-kira 72 dari Miri disahkan serpihan logam yang disyaki sebahagian komponen Roket Long March 5B milik China.
“Hasil tinjauan awal pihak polis mendapati terdapat serpihan logam terbenam ke dalam tanah pada kedalaman lebih kurang semeter di kawasan sekitar rumah salah seorang penduduk di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan dari Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak Mosti untuk menganalisis tempat kejadian,” katanya.
Tambahnya lagi, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak berada di kawasan berhampiran tempat kejadian kerana bimbangi logam tersebut mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan.
Menurutnya, kawasan kejadian telah dipantau dengan rapi untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Justeru, beliau menegaskan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana ianya boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.
Beliau meminta orang ramai agar menghubungi balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat atau mendapatkan kepastian mengenai insiden berkaitan.
Terdahalu Agensi Angkasa Malaysia dalam satu semalam memaklumkan agar orang ramai tidak mengusik, merosakkan atau memusnahkan objek yang disyaki daripada serpihan roket Long March 5B milik China yang memasuki ruang udara Sarawak sejak awal pagi 31 Julai (semalam). –UTUSAN