SSLR2 nadi baharu pembangunan Sarawak

SSLR2 nadi baharu pembangunan Sarawak

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim merasmikan projek Sarawak Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) di Nanga Mendamit, Sarawak. Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan. 11 September 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for e
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peluncuran Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) hari ini sebagai detik bersejarah yang bakal menghubungkan pedalaman Sarawak dan Sabah dengan lebih selesa serta selamat.

Perdana Menteri berkata, jalan raya moden itu akan merentasi bukit bukau, menyeberangi sungai deras dan menjadi urat nadi pembangunan bagi kawasan Miri, Marudi, Mulu, Limbang serta Lawas yang sekian lama menantikan limpahan kemajuan.

“Segala ini adalah hasil persahabatan dan saling percaya antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak. Ia tidak pernah dijadikan ruang untuk keuntungan peribadi, sebaliknya untuk manfaat rakyat. Inilah semangat Malaysia Madani, muafakat, kasih sayang dan keadilan untuk semua,” katanya.

Yang turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Pada majlis sama, Anwar turut mengumumkan kelulusan pembinaan sebuah klinik kesihatan jenis 5 di Limbang yang akan dimulakan tahun ini, selain meluluskan sumbangan RM100,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mendamit demi kebajikan para guru dan pelajar.

Katanya, Sarawak kini muncul sebagai gergasi tenaga baharu bertaraf dunia, dan kemajuan negeri itu memberi manfaat besar kepada seluruh Malaysia.

“Oleh itu, kita mesti terus menjaga keamanan, menghormati kepelbagaian budaya dan memperkukuh kesatuan bangsa, demi masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya.

Projek SSLR Fasa 2 dijangka siap pada tahun 2029 melibatkan anggaran kos RM7.6 bilion.

Projek sepanjang 335 kilometer itu, akan menghubungkan kawasan Mulu, Nanga Medamit (Limbang), Long Luping (Lawas) serta Ba’kelalan.

Projek tersebut merangkumi pembinaan jalan raya, jambatan, jejambat, lampu jalan dan sistem perparitan.

SSLR Fasa 2 merupakan kesinambungan kepada SSLR Fasa 1 bermula dari Lawas ke Long Luping yang dimulakan pada tahun 2021 dan kini telah mencapai kemajuan pelaksanaan sebanyak 57.6 peratus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN