Remaja terima upah RM1,000 satu tugasan hantar dadah

Remaja terima upah RM1,000 satu tugasan hantar dadah

Remaja dadah
ANTARA dadah yang dirampas dekat Terminal 2 KLIA dan sekitar Kuala Lumpur yang membawa kepada penahanan tiga lelaki termasuk remaja berusia 18 tahun, pada sidang akhbar dekat IPK Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keseronokan sementara seorang remaja lelaki meraih upah mengedar dadah sebanyak RM1,000 bagi setiap tugas sejak awal tahun ini berakhir apabila ditahan polis selepas tindakannya itu dihidu polis.

Remaja berusia 18 tahun itu diberkas bersama tiga lelaki tempatan dalam dua serbuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kuala Lumpur, pada Selasa lalu dan semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, serbuan pertama dibuat kira-kira pukul 5.10 pagi dan menahan remaja berkenaan di Terminal 2 KLIA yang membawa kepada serbuan kedua kira-kira pukul 1.10 tengah hari di sekitar Kuala Lumpur.

“Di Terminal 2, suspek membawa sebuah bagasi berwarna hitam dan pemeriksaan terhadapnya menemukan lima bungkus plastik disyaki berisi dadah jenis syabu dengan berat anggaran 4.5 kilogram (kg). Suspek dipercayai dalam perjalanan ke Miri, Sarawak.

“Serbuan di Kuala Lumpur pula, polis menahan dua lelaki berusia 20-an selain merampas sebanyak 89 bungkusan plastik disyaki berisi syabu dengan anggaran berat 86.8kg serta sebuah tong putih berisi bahan cecair disyaki syabu anggaran berat 5.9 kg,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau menambah, kesemua suspek tidak bekerja dan salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, bagaimanapun saringan ujian air kencing terhadap kesemuanya didapati negatif dadah.

“Suspek berusia 18 tahun beberapa kali membuat penghantaran. Setiap penghantaran yang dia lakukan dia terima RM1,000. Berapa kali penghantaran pernah dilakukan, itu kita tidak dapat dedahkan.

“Malah, siasatan awal mendapati sindiket beroperasi sejak sejak Januari tahun ini dan dipercayai membekalkan dadah ke Sarawak. Nilai rampasan dadah berjumlah RM3.1 juta dengan anggaran berat keseluruhan 97,15kg,” ujarnya.

Jelas Shazeli, polis turut menyita sebuah kereta Honda Accord bernilai RM25,000.

“Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 17 September dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN