Serpihan dipercayai roket Long March 5B tiada unsur berbahaya 

Serpihan dipercayai roket Long March 5B tiada unsur berbahaya 

KERATAN laporan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan awal Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan serpihan yang dipercayai roket Long March 5B dijumpai di Sarawak tidak mengeluarkan sebarang radiasi dan tiada unsur radioaktif. 

MOSTI dalam kenyataannya memaklumkan, pasukan siasatan terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa MOSTI, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) digerak melakukan siasatan awal terhadap objek yang disyaki sisa serpihan roket negara China yang jatuh pada 31 Julai lalu.

“Siasatan awal ditumpukan kepada dua lokasi yang dikenal pasti iaitu Kampung Nyalau, Bintulu dan Kampung Sepupok Lama, Niah, Miri, Sarawak. 

“Objek pertama bersaiz lima inci dan kedua-dua objek tersebut disyaki adalah selamat untuk dilaksanakan siasatan dan analisis seterusnya,” katanya. 

Terdahulu, polis mengesahkan objek yang ditemukan seorang penduduk di Sepupok Lama disahkan serpihan logam yang disyaki sebahagian komponen roket Long March 5B milik China. 

Hasil tinjauan awal polis mendapati terdapat serpihan logam terbenam ke dalam tanah pada kedalaman lebih kurang semeter di kawasan sekitar rumah salah seorang penduduk di lokasi kejadian. 

Menurut kenyataan tersebut, pada pukul 1.45 petang semalam, empat pegawai AELB daerah Bintulu bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan polis daerah Bintulu menjalankan siasatan di lokasi pertama Kampung Nyalau.

“MOSTI melalui MYSA dengan kerjasama Jabatan Kimia Malaysia menjalankan siasatan terperinci terhadap kedua-dua objek tersebut bagi menentukan adakah objek tersebut berkaitan dengan insiden kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China atau tidak. 

“Hasil analisis akan dimaklumkan dan tindakan sewajarnya akan dipertimbangkan selaras dengan Akta 834, Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 dan triti antarabangsa berkaitan angkasa di bawah kendalian United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya