Sembilan anggota polis terlibat peras ugut belum dipindahkan

Sembilan anggota polis terlibat peras ugut belum dipindahkan ke Sabah, Sarawak

ACYRL Sani Abdullah Sani (tengah) bersama Zazuli Johan (kiri) dan Abdul Kadir Abu Hashim dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sembilan anggota polis yang dipercayai terlibat memeras ugut seorang ahli perniagaan di Selangor masih belum dipindahkan ke Sabah dan Sarawak.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil maklum apa juga permintaan daripada Sabah dan Sarawak berhubung isu berkenaan.

“Untuk makluman, PDRM telah mengumpul maklumat berkaitan isu ini dan saya telah mengarahkan Jabatan Pengurusan PDRM untuk mengambil tindakan lanjut dan mengkaji semula perkara berkaitan dengan isu tersebut.

“Kami menghargai maklum balas daripada kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) hari ini.

Beliau berkata, sebarang maklumat berkaitan akan disalurkan melalui Unit Komunikasi dan Korporat PDRM kepada pihak media.

Pada Selasa, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi memaklumkan sembilan anggota polis yang dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor ditempatkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan kerajaan negeri memandang serius tindakan memindahkan sembilan anggota polis tersebut tanpa mendapatkan pandangan daripada kerajaan Sabah terlebih dahulu.

Jelas beliau, pihak polis seharusnya memaklumkan dan berbincang tentang perkara itu dengan beliau sekalu Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum keputusan sebegitu diambil.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Zazuli Johan dan Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN