PETALING JAYA: UMNO Bahagian Merbok mengibaratkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor cuma ‘masuk bakul angkat sendiri’ berhubung rizab simpanan negeri itu yang kini dilaporkan berjumlah RM600 juta. Timbalan Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, lonjakan besar yang disifatkan Muhammad Sanusi itu berbanding hanya RM40 juta semasa pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir jelas mengelirukan. “Melalui Laporan Ketua Audit Negara (Negeri Kedah) berhubung Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan…










