Rakan artis, peminat doakan Mizz Nina, Noh Salleh

Rakan artis, peminat doakan Mizz Nina, Noh Salleh

mizz nina
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Doa dan kata-kata semangat terus membanjiri ruang komen Instagram selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh selepas masing-masing mengumumkan secara rasmi perceraian mereka, malam tadi.

Rata-rata rakan artis dan peminat memohon supaya kedua-dua selebriti itu kekal kuat semangat dan meneruskan kehidupan yang telah ditakdirkan Allah buat mereka.

“Saya tahu apa yang berlaku cukup menyakitkan tetapi Allah tahu apa yang terbaik. Semoga kalian berdua kuat menghadapi ujian dan kesakitan ini.

“Semoga anak kalian, Musa terus rasa disayangi dan sentiasa mendapat kasih walaupun dalam keadaan ini,” komen pengacara dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim.

Selain Sarimah, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pelakon, Ummi Nazeera dan Daphne Iking turut melayangkan doa yang sama untuk Nina dan Noh.

“Walaupun kalian tidak perlu memberi sebarang justikasi tentang perkara ini, dengan memuat naik kenyataan ini, cukup untuk semua tahu tanpa perlu menjelaskan dan bertanya yang lebih lanjut,” komen pempengaruh, Dena Bahrin.

Tidak terkecuali, peminat kedua-dua selebriti itu turut meluahkan rasa sedih apabila mendengar perkhabaran duka itu, namun dalam pada masa yang sama, mendoakan semoga yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Nina dan Noh menamatkan teka-teki berhubung keretakan rumah tangga mereka apabila masing-masing dalam satu hantaran Instagram mengesahkan perceraian mereka.

Menerusi perkongsian tersebut, Noh dan Nina menjelaskan, mereka berdua sepakat membuat keputusan untuk berpisah dengan cara yang baik.

“Selepas berfikir dan mempertimbangkan banyak perkara, kami berdua sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan 11 tahun terindah untuk hidup bersama mengharungi segala suka dan duka.

“Kami juga berterima kasih kepada semua penyokong yang telah memberikan kasih sayang buat kami sepanjang bersama.

“Jangan risau, kami masih berkawan dan tetap mendoakan yang terbaik buat diri masing-masing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.