Putrajaya jadi model Sekolah Islam Antarabangsa pertama di PP

Sekolah Islam Antarabangsa IMAS, Putrajaya jadi model Sekolah Islam Antarabangsa pertama di Pulau Pinang

MOHD. Fitri Ibrahim (depan, dua dari kanan) bertukar dokumen MoU dengan Yayasan Alnoor di Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) bakal menubuhkan sebuah sekolah Islam antarabangsa pertama di negeri itu mengikut konsep sama The International Modern Arabic School (IMAS) di Putrajaya.

Pengurus Besarnya, Mohd. Fitri Ibrahim berkata, usaha itu menerusi kerjasama dengan Yayasan Alnoor yang membangunkan IMAS selain berpengalaman 15 tahun dalam bidang pendidikan menggunakan sistem peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Beliau berkata, penubuhan sekolah itu yang bakal beroperasi pada tahun 2025 menawarkan pilihan pendidikan Islam bertaraf antarabangsa kepada rakyat negeri itu dan negeri-negeri utara semenanjung Malaysia sebagai satu pusat sehenti pendidikan di peringkat tadika, rendah dan menengah.

“Ia sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai hub pendidikan bukan sahaja kepada negeri di kawasan utara, bahkan mampu menjadi tarikan kepada pelajar dari dalam dan luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam pendidikan agama dengan penarafan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Semalam, Mohd. Fitri mewakili YIPP dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang  merangkap Pengerusi YIPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Alnoor yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Waleed Almuallimi.

Mohd. Fitri berkata, menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak bertukar kepakaran dalam bidang pendidikan dan pembelajaran terutamanya dalam pendidikan Islam dan Bahasa Arab. 

Katanya, YIPP dan IMAS turut bekerjasama dalam penganjuran kursus dan latihan bagi melahirkan para pendidik yang lebih profesional dan terlatih. 

Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata,  pihak Kerajaan Negeri memberi milik kepada YIPP sebidang tanah berkeluasan hampir 5 ekar (2 hektar) yang terletak di Lot 1090, Lintang Sungai Ara, Mukim 10, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. 

Katanya, tanah tersebut menjadi lokasi sekolah Islam antarabangsa itu selain digunakan bagi menjana pendapatan dengan pembangunan pendidikan dan perniagaan. 

“Saya yakin dan percaya dengan kemampuan YIPP dalam bidang pendidikan Islam dengan pelbagai inisiatif antaranya KAFA Menengah Pulau Pinang yang mana YIPP merupakan agensi pelaksana tunggal bagi program tersebut. 

“Kemampuan YIPP mengembangkan KAFA Menengah Pulau Pinang daripada hanya dilaksanakan di tiga buah masjid kepada 11 buah masjid dengan bilangan pelajar seramai 360 orang serta 26 orang  guru merupakan bukti kemampuan YIPP dalam mengorak langkah dalam bidang pendidikan Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.