PRU15: Pejuanita bakal ketengah pemimpin muda

PRU15: Pejuanita bakal ketengah pemimpin muda

DR NURUL ASHIKIN MABAHWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pejuanita Muda Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) memberi jaminan untuk mengetengahkan calon pemimpin wanita muda dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Pejuanita Muda, Dr Nurul Ashikin Mahabwi berkata, pihaknya juga akan memberi fokus kepada calon wanita muda yang profesional dan ahli akademik. 

“Sekarang ini kita dalam fasa mengenal pasti calon-calon kami bagi pilihan raya. Tetapi, macam mana pun kita akan pastikan yang kita letakkan calon-calon pemimpin wanita muda untuk bertanding dalam bidang akademik. 

“Malah, bersama kita pun sekarang memang ada ramai orang yang sudah dalam bidang profesional dan juga akademik, jadi Insya Allah kita akan letakkan mereka sebagai calon,” katanya, hari ini. 

Dalam pada itu, Nurul Ashikin berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganggotai Gerakan Tanah Air (GTA) juga boleh meletakkan wakil mereka sebagai calon untuk bertanding bersama-sama. 

“Kita pun sudah maklumkan kepada NGO,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN