PRU15 bila lagi? - Presiden UMNO

PRU15 bila lagi? – Presiden UMNO

AHMAD Zahid Hamidi berucap pada Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laungan bubar menjadi tema utama dalam Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Laungan itu bermula apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah memberikan panduan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menetapkan tarikh pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya tegaskan PRU perlu diadakan segera. MKT UMNO telah memberi panduan tarikh PRU15 kepada Perdana Menteri selepas imuniti kelompok dicapai.

“Sekarang, imuniti kelompok telah dicapai, pandemik Covid-19 juga sudah berakhir. Bila lagi..bila lagi? PRU perlu diadakan bagi menghormati mandat rakyat,” katanya.

Kata-kata Zahid disusuli dengan laungan bubar oleh seluruh ahli UMNO yang bergema di Dewan Merdeka.

“Ahli-ahli parti senada mahu PRU diadakan dan memulangkan semula mandat kepada rakyat. Jadi, janganlah ada suara antara kita menuduh kita gopoh mahukan PRU. Ini bukan keputusan Zahid, ini keputusan MKT, Perhimpunan Agung dan Perhimpunan Khas,” katanya,

Bagaimanapun, beliau menafika desakan supaya PRU15 disegerakan adalah kerana untuk menyelamatkan dirinya daripada sabitan mahkamah.

“Ini tidak benar, tidak benar sama sekali. Saya masih percaya kepada sistem perundangan yang tidak memihak kepada sesiapa.

“Sesiapa yang memomokkan yang saya takut dan gentar disabitkan kesalahan, orang itu sebenarnya takut dengan hamba Allah bernama Zahid Hamidi,” katanya.

Ahmad Zahid juga menjelaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana Perdana Menteri termasuk Ismail Sabri supaya mencampur tangan dalam kesnya.

“Saya tak pernah menuntut kes saya digugurkan, tak pernah kepada Perdana Menteri Kelapan dan tak pernah memohon kepada Perdana Menteri sekarang iaitu orang parti kita untuk gugurkan kes saya.

“Begitu juga dengan Najib yang tidak mahu kesnya digugurkan. Beliau hanya mahu bersihkan diri dan nama baik keluarganya itu sahaja. Kita hanya tuntut perbicaraan adil,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN