Perdana Menteri sudah bertemu PN

Perdana Menteri sudah bertemu PN

ISMAIL SABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah dilakukan dengan wakil-wakil daripada Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri berkata, pertemuan itu dilakukan semasa minggu akhir sesi parlimen dan diwakili oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

“Pertemuan sudah dilakukan, PN dah sampaikan pandangan mereka dan saya pun dah sampaikan pandangan saya, jadi setakat itu sahaja.

“Saya juga rasa perkara ini tidak perlu lagi dibangkitkan, tumpuan kita sekarang ni adalah untuk menyelesaikan isu rakyat, kita nak pulihkan ekonomi. 

“Biar kita fokus perkara yang berkaitan dengan rakyat, itu lebih penting,” katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan di Pavilion Pahang, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, di sini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, PN membayangkan mengkaji semula perjanjian dengan Naib Presiden UMNO itu ekoran tindakan beliau membatalkan pertemuan dengan pemimpin kanan gabungan itu selain membabitkan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN