Penyeludup lari tinggalkan minyak masak peket 

Penyeludup lari tinggalkan minyak masak peket

ANGGOTA KPDNHEP dan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menunjukkan rampasan masak peket yang dilakukan di pangkalan haram Pulau Tengkorak, Tumpat, Kelantan semalam. - FOTO/IHSAN KPDNHEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang penyeludup lari lintang-pukang meninggalkan 289 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi selepas cubaannya menyeludup bahan mentah itu ke negara jiran diserbu anggota penguat kuasa di pangkalan haram Pulau Tengkorak, di sini semalam.

Serbuan pukul 12 tengah malam itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor menerusi Op Bersepadu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDENHEP Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, terdahulu pihaknya berjaya mengesan sebuah kenderaan berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan pangkalan haram itu.

Menurutnya, hasil pemerhatian yang dilakukan mendapati seorang lelaki sedang memunggah sesuatu dari sebuah kereta ke kawasan pangkalan haram itu.

“Semasa serbuan dilakukan, suspek yang terkejut dengan kehadiran anggota penguat kuasa terus bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

“Bagaimanapun, usaha mengesan menemui jalan buntu. Pemeriksaan lanjut ke atas Proton Wira Aeroback telah menjumpai kotak mengandungi minyak masak peket,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aswadi memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Katanya, KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau peniaga yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya