Norhafaiza harap dapat kembali melihat

Norhafaiza harap dapat kembali melihat

NORHAFAIZA Taib termenung di pintu rumah keluarga angkatnya di Beserah, Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Komplikasi darah tinggi mengakibatkan seorang wanita dari Beserah, di sini hampir hilang penglihatan apabila pandangan kedua matanya semakin kelam.

Disebabkan itu, Norhafaiza Taib, 48, kini terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menjalani kehidupan seharian.

Pada masa sama, ibu kepada tiga anak itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat, paru-paru bengkak, lemah jantung dan kencing manis selain pernah diserang angin ahmar.

Katanya, sebelum keadaan ke­sihatannya terjejas, dia be­kerja di kedai makan selain me­n­yertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menjadi sukarelawan program kebajikan sebuah ste­sen televisyen swasta.

Menurutnya, walaupun diuji dengan pelbagai penyakit, dia tidak pernah berputus asa dan berharap dapat kembali menjalani hidup seperti biasa dan kembali bekerja bagi menyara diri.

Jelasnya, dia menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan dan bantuan zakat dalam bentuk barangan dapur sebanyak RM200 sebulan.

“Sekarang ini saya sangat memerlukan bantuan untuk membuat rawatan mata supaya boleh melihat kembali,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian ke akaun RHB Bank 15605000041459 atas nama Norhafaiza Taib.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×