Penjual buah mengaku lakukan rusuhan bersenjata - Utusan Malaysia

Penjual buah mengaku lakukan rusuhan bersenjata

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku bersalah merusuh sehingga mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Akibat melakukan rusuhan bersenjata sehingga mendatangkan kecederaan tujuh tahun lalu, seorang penjual buah berdepan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Penolong Kanan Pendaftar Siti Khairiah Abdul Razak menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Tan Boon Jin, 25, bagi menunggu serahan dokumen fakta kes.

Berdasarkan fakta pertuduhan, tertuduh bersama-sama individu yang masih bebas didakwa merusuh sehingga mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata  kira-kira pukul 9 malam di tepi jalan di Jalan Cheng Baru pada 2 September 2015.

Bagi tindakan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh. 

Tertuduh yang diwakili Peguam Kent Tan Chiw Teng bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000 dengan mengambil kira anak guamnya hanya bekerja sebagai penjual buah di Singapura dan memberikan kerjasama sepanjang siasatan kes.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dan menetapkan tarikh 22 Ogos ini bagi keputusan hukuman. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya