Penjawat awam ditahan miliki dadah

Penjawat awam ditahan miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penjawat awam ditahan sepasukan polis di Pandan Jaya, Ampang di sini, hari ini kerana disyaki memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, individu terbabit ditahan Pasukan Penguatkuasaan Pencegahan Jenayah Balai Polis Pandan Indah kira-kira pukul 3.50 pagi dalam operasi rondaan cegah jenayah.

Katanya, suspek berusia 37 tahun ditahan di tepi jalan di Pandan Indah di sini dan hasil pemeriksaan lanjut turut menemukan lima peket dadah jenis syabu seberat 6.95 gram dan satu peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja seberat 3.46 gram.

“Semakan lanjut polis mendapati individu itu mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah namun tiada dalam senarai individu dikehendaki polis.

“Ujian saringan air kencing turut dijalankan dan suspek positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelas Mohamad Farouk, suspek terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya