Pemandu treler maut terbabas

Pemandu treler maut terbabas

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 390, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki maut selepas treler muatan cip elektronik yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 390, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Kejadian itu sekitar pukul 2.50 petang itu mengorbankan mangsa, L. Pakiyasamy, 47, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kemalangan berlaku ketika treler dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan berat berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta yang terbabas sendiri di bahu kiri jalan.

“Treler dipandu mangsa terbabas di sebelah kiri jalan dan masuk ke tebing. Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya