Cendana Auto beri tumpuan R&D kenderaan operasi khas

Cendana Auto beri tumpuan R&D kenderaan operasi khas

PENYERAHAN momento oleh pihak pengarah dan pengurusan Cendana Auto bersama pihak Global Ihsan Sdn. Bhd. pada DSA 2024 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cendana Auto Sdn. Bhd. (CASB) kini mengembangkan skop perniagaannya dengan memberi penumpuan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan kenderaan operasi khas (SOV) pasukan ketenteraan khas.

Pengarah CASB, Abdul Rauf Nassiruddin berkata, pusat R&D serta kilang pembuatan dan pemasangan CASB itu beroperasi di Semenyih, Selangor.

“Ia turut dijadikan produk rujukan bagi pendedahan dan kegiatan industri pertahanan dalam bidang automotif kepada Malaysian Armed Forces Staff Colleges, terdiri dari pelajar dalam dan luar negara serta mendapat beberapa kunjungan daripada syarikat luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, penghasilan dan pengeluaran kenderaan taktikal ringan untuk kegunaan pasukan pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu inisiatif syarikat dengan menggunakan keupayaan dan kepakaran bumiputera.

“Antara hasil keluaran CASB adalah Taktikal Ambulan untuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kenderaan Peronda Sempadan serta berjaya menyiapkan 20 unit kenderaan Fitted For Radio (FFR) kepada Malaysia Battalion (MALBATT) untuk misi pengamanan di Lubnan dan 21 unit lagi kepada Tentera Darat Malaysia (TDM),” ujarnya.

Abdul berkata, kesemua produk keluaran CASB telah diuji ketahanan oleh pihak Kementerian Pertahanan dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menepati piawaian yang telah ditetapkan untuk kegunaan taktikal.

“Melalui pengalaman dan keupayaan ini, CASB turut berjaya menghasilkan empat varian kenderaan ketenteraan iaitu SF-21X (High Mobility Light Tactical Vehicle), FFFR, Weapon Platform (Armed Tactical Ground Vehicle) dan Mortar Transporter (Ground Tactical Mortar Transporter) yang dibina dan dipasang di kilang CASB,” katanya.

Sementara itu, Ketua Urusan Korporat CASB, Ruzaini Abdul Razak berkata, CASB berharap industri pertahanan negara boleh dibangunkan dengan lebih serius selepas melihat kepada keberhasilan dan kejayaan CASB itu.

“Kami berharap agar pihak kerajaan memberikan sokongan menyeluruh, terutamanya semasa pameran berskala besar dan bertaraf antarabnagsa dengan memberikan pavilion khas kepada satu-satunya pemain dalam industri ini.

“Sebagai syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan dengan pekerja tempatan, ini akan memberikan dorongan yang besar kepada pertumbuhan industri,” katanya.

Beliau menambah, CASB bersedia untuk pelbagai tempahan dan tender, namun memerlukan sokongan kerajaan dari segi kontrak dan kerjasama.

Katanya, CASB turut dalam usaha menjadikan produknya sebagai produk eksport dan menumpukan usaha ke arah benua Afrika dan beberapa negara lain.

“Kami sedang berbincang dengan mereka dan berharap untuk mendapat keputusan positif kemungkinan pada suku ketiga tahun ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×