Pemaju projek abai SOP, resahkan penduduk Seberang Anak Air

Pemaju projek perumahan didakwa abai SOP, resahkan penduduk Seberang Anak Air

SHAMSUL Iskandar Mohd. Akin (kiri) bersama penduduk meninjau keadaan rekahan serta hakisan tanah di kawasan projek perumahan yang membahayakan penduduk Kampung Seberang Anak Air, Ayer Molek, Melaka. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 50 keluarga di Kampung Seberang Anak Air dan Kampung Solok Paya Baru di Ayer Molek di sini dirundung keresahan sejak sebuah projek perumahan baharu dibangunkan di kawasan berhampiran, empat bulan lalu.
Sikap pemaju yang didakwa mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) pembinaan mendatangkan pelbagai kesukaran kepada penduduk antaranya masalah hakisan tanah yang membawa bersama selut di atas jalan raya, banjir dan isu lalu-lintas.

Wakil penduduk kampung, Danial Yaacob, 37, berkata, tambakan dilakukan pemaju di tapak berkenaan menggunakan tanah merah tanpa kepungan penghadang zink dan sistem perparitan yang sempurna menyebabkan selut memenuhi jalan raya tiap kali hujan.

Dakwanya, perkara itu jelas menyusahkan penduduk kampung yang menggunakan jalan tersebut, memandangkan ia boleh dianggap sebagai jalan utama kerana turut digunakan orang luar terutama yang bekerja di Kawasan perindustrian Serkam dan kilang-kilang berhampiran.

Kata Danial lagi, lori-lori yang terlibat dengan projek itu juga dibiarkan bebas bergerak tanpa kawalan lalu-lintas sehingga membahayakan pengguna jalan raya terutama ketika waktu puncak untuk menghantar anak ke sekolah.

“Kita tak menghalang pembangunan, cuma kenalah ikut SOP sepatutnya supaya tidak menjejaskan orang kampung di sini. Kami sudah buat laporan kepada pihak berwajib seperti polis, namun, setakat ini tiada tindakan,” katanya .

Sementara itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, terlalu banyak ‘kepincangan’ dikesan membabitkan projek perumahan berkapasiti 700 buah kediaman itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya