PBM sudah hantar permohonan masuk BN - Utusan Malaysia

PBM sudah hantar permohonan masuk BN

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai Barisan Nasional (BN) bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, permohonan tersebut telah dibuat kira-kira tiga minggu lalu.

“PBM telah hantar permohonan dalam tiga minggu lepas untuk menyertai BN sebagai parti komponen.

“Jadi, sekarang masih lagi menunggu jawapan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) dengan 18 penaja untuk Persidangan dan Pameran Glove Rubber International 2022 (IRGCE 2022) di sini hari ini.

PBM sebelum ini dilaporkan dalam proses perbincangan untuk berbuat demikian dan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat.

Ini kerana mengambil kira status Kerajaan Persekutuan ketika ini yang terdiri daripada gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini turut memaklumkan belum menerima permohonan rasmi daripada PBM, bagaimanapun terbuka untuk menerima kemasukan parti berkenaan bagi menyertai gabungan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya