Pasar hasil tani secara dalam talian perangi orang tengah 

Pasar hasil tani secara dalam talian perangi orang tengah 

RONALD Kiandee (depan, tiga kiri) bersama Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Zahimi Hassan (depan, empat kiri) bergambar bersama para penerima anugerah selepas pelancaran Sedekad Skim Pengesahan Bahan Tanaman pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Petani, peladang dan nelayan diseru memanfaatkan platform perniagaan secara dalam talian bagi memasarkan hasil dikeluarkan mereka sebagai satu usaha memerangi orang tengah. 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pasaran secara dalam talian tiada had dan mampu menjanjikan pulangan lebih besar kepada komuniti berkenaan. 

Beliau berkata, jihad memerangi orang tengah perlu dilakukan secara berterusan dan dilaksanakan dalam pelbagai kaedah supaya kesannya lebih menyeluruh. 

“Bagaimanapun, kepakaran dan kemahiran dalam bidang itu (plarform secara dalam talian) perlu ditingkatkan dengan menggunakan menggunakan khidmat orang muda yang lebih celik teknologi maklumat,” katanya ketika ditemui pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini, kementerian menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) banyak membantu petani dan peladang mengumpul dan memasarkan hasil tani. 

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan MAHA 2022 memaklumkan, beliau mahu MAFI meneruskan jihad memerangi orang tengah dalam usaha mengawal kos sara hidup yang meningkat. 

Menurutnya, langkah itu boleh dilaksanakan menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan dengan kerjasama agensi di bawah kementerian.

“Langkah itu termasuk mewujudkan pusat pembelian padi, pusat pengumpulan buah-buahan, penambahan pasar tani serta pasar nelayan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya