Op Lejang: 17 motosikal disita, 706 saman dikeluarkan

Op Lejang: 17 motosikal disita, 706 saman dikeluarkan

AB. Aziz Awang Teh (kanan) menunjukkan motosikal yang disita dalam Op Lejang dalam sidang akhbar di Pejabat JPJ Perak di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 706 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dalam tempoh lapan hari Op Lejang dilancarkan bermula Isnin lalu.

Timbalan Pengarah JPJ Perak, Ab. Aziz Awang Teh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 312 notis P22 dikeluarkan iaitu notis arah periksa selepas pemeriksaan dilakukan ke atas 661 motosikal.

“Antara kesalahan tertinggi direkodkan membabitkan tiada lesen memandu sebanyak 100 saman, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (88) dan tiada perlindungan insurans (71).

“Sepanjang operasi ini, sebanyak 17 buah motosikal disita atas kesalahan ubah suai membabitkan ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising, tayar dan tiada cermin sisi,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JPJ Perak, di sini hari ini.

Menurut beliau, Op Lejang yang bermula 1 Ogos lalu hingga 30 September ini diadakan antara lain bertujuan membanteras kegiatan lumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya.

Katanya, pelbagai langkah diambil JPJ Perak termasuk pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa di lebuh raya dan jalan Persekutuan serta negeri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN