Ahmad Dhani sempat marah El Rumi, masih sibuk bekerja menjelang akad nikah - Utusan Malaysia

Ahmad Dhani sempat marah El Rumi, masih sibuk bekerja menjelang akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, mengakui sempat memarahi anaknya, El Rumi, menjelang hari pernikahannya dengan Syifa Hadju yang dijadual berlangsung pada Ahad ini.

Vokalis dan pengasas kumpulan Dewa 19 itu meluahkan rasa kesal kerana El masih menerima jadual kerja meskipun majlis akad nikah sudah semakin hampir.

“Saya sempat memarahinya juga kerana dia masih bekerja seperti biasa,” katanya.

Menurut Dhani, dia sendiri tidak memahami mengapa anaknya itu masih begitu gigih bekerja pada saat-saat penting menjelang perkahwinan.

“Saya pun tidak tahu kenapa dia masih bekerja. Mungkin dia mahu berdikari dan mengurus sendiri pembiayaan perkahwinannya,” katanya lagi.

Suami kepada Mulan Jameela itu turut menegaskan bahawa mengikut adat, El sepatutnya sudah berada di rumah dan menjalani tempoh ‘pingitan’ sebelum bernikah.

“Ya, sepatutnya dia sudah dipingit,” katanya ringkas.

Mengulas mengenai persiapan majlis, Dhani berkata, dia tidak banyak campur tangan kerana semua konsep dan tema perkahwinan ditentukan sendiri oleh El.

Katanya, sebagai bapa, dia hanya mendoakan agar urusan perkahwinan anaknya itu berjalan lancar dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Tema majlis semuanya diatur oleh El sendiri,” ujarnya.

El Rumi dan Syifa Hadju dijadual melangsungkan akad nikah pada Ahad, 26 April 2026, pukul 10 pagi waktu Indonesia Barat (WIB).

Majlis akad nikah tersebut difahamkan akan berlangsung di sebuah hotel mewah di kawasan Kuningan, Setiabudi, Jakarta Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN