KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed semasa menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sepatutnya menggunakan kearifannya membantu menyiapkan laporan akhir PAC berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, Nur Jazlan dilihat begitu lantang dalam menyuarakan isu berkaitan 1MDB, namun, beliau akhirnya meletak jawatan dan menerima pelantikan sebagai timbalan menteri. “Selepas dilantik (sebagai Timbalan Menteri), diam seribu bahasa. “Sekarang pula hendak…










