Mohd Zuki Ali dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara

Mohd Zuki Ali dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara

MOHD ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tan Sri Mohd Zuki Ali dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) selama dua tahun berkuat kuasa hari ini sehingga 10 Ogos 2024.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan semula itu diperkenankan baginda atas perakuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan.

“Tan Sri Mohd. Zuki Ali, 60, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara sejak 31 Disember 2019 merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya