Mara Corp sumbang RM45,000 buat pelajar terkesan banjir di Baling - Utusan Malaysia

Mara Corp sumbang RM45,000 buat pelajar terkesan banjir di Baling

OTHMAN Aziz (tengah) bersama sebahagian murid daripada golongan B40 yang menerima sumbangan tunai ekoran terjejas banjir di Kupang, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp) tampil menyampaikan bantuan wang tunai kepada kira-kira 600 pelajar dan murid golongan B40 yang terjejas banjir di Kupang, Baling baru-baru ini.

Sumbangan sebanyak RM45,000 disampaikan  oleh Pengerusi Mara Corp, Datuk Othman Aziz di tiga buah sekolah di daerah itu, hari ini.

Mara Corp dalam kenyataan memaklumkan, sumbangan itu diharap memberi manfaat dalam mengurangkan bebanan mangsa akibat bencana tidak dijangka itu.

“Program Penyelarasan Mara Prihatin@Baling ini adalah kerjasama antara Pejabat Mara Negeri (PMN) Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Baling, anak syarikat serta agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Objektifnya adalah untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terkesan akibat kejadian kepala air dan banjir buruk baru-baru ini,” katanya.

Dalam kejadian 4 Julai lalu, tiga nyawa terkorban dan 17 rumah hanyut akibat dibadai kepala air selain menjejaskan beberapa fasiliti awam termasuk rumah.

Kenyataan itu turut memaklumkan, PMN Kedah telah mengambil inisiatif melaksanakan penilaian situasi banjir bagi mengenal pasti keadaan mangsa banjir temasuk rumah dan infrastruktur awam seperti sekolah, surau dan lain-lain melalui program sama.

“Tiga fasa permulihan telah dijalankan bagi membantu mangsa banjir di kawasan tersebut antaranya proses pembersihan, agihan makanan dan keperluan serta kerja pembaikan rumah,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya