Mahkamah tolak permohonan Hisyam tarik diri,

Mahkamah tolak permohonan Hisyam tarik diri, peguam tidak membuat sebarang hujahan rayuan

NAJIB Tun Razak hadir pada hari ketiga perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara kesnya berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara memutuskan bahawa Hisyam masih lagi peguam Najib sebagaimana dalam rekod mahkamah dan mengarahkannya untuk meneruskan hujahan bagi rayuan tersebut.

Hisyam bagaimanapun menyatakan beliau tidak dapat membuat sebarang hujahan dan bergantung kepada hujahan yang telah dikemukakan oleh peguam terdahulu di Mahkamah Rayuan.

Sehubungan itu, mahkamah meneruskan prosiding rayuan dengan mengarahkan pihak pendakwaan untuk mengemukakan hujah mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya