LCS: Jangan guna 'keselamatan negara' untuk sekat rakyat tahu perkara sebenar 

LCS: Jangan guna ‘keselamatan negara’ untuk sekat rakyat tahu perkara sebenar 

WONG KAH WOH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan tidak akan membenarkan aspek ‘keselamatan negara’ diguna sesuka hati untuk menyekat rakyat daripada mengetahui perkara sebenar tentang bagaimana kerajaan membelanjakan wang negara. 

Ia berhubung pendedahan PAC sebelum ini, tiada satu pun kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn. Bhd. secara rundingan terus.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, PAC membentangkan laporan berdasarkan fakta, dokumen dan keterangan-keterangan saksi sepanjang prosiding dijalankan. 

Malah, ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP itu berkata, perbincangan dalam kalangan orang awam berhubung isu perolehan kapal tempur pesisir (PCS) menunjukkan yang rakyat negara ini mahu mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam projek itu. 

“PAC mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk memeriksa segala kira-kira kerajaan termasuk perkara lain yang PAC fikir patut diperiksa. 

AHMAD ZAHID HAMIDI

“Semua saksi yang hadir di hadapan PAC tahu segala maklumat dinyatakan dalam prosiding akan direkod dalam rakaman percakapan bertulis (hansard). Selalunya, pembentangan saksi akan dikendali melalui slaid pembentangan yang disediakan saksi sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian membidas kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, 

Bekas Menteri Pertahanan itu bimbang penjelasan mengenai isu keselamatan berkait LCS berisiko mendedahkan rahsia keselamatan negara. 

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, hansard telah diserahkan kepada Ahmad Zahid melalui pos berdaftar pada 4 Januari 2022 dan diberikan tempoh tujuh hari untuk membuat pembetulan pada kenyataan yang telah diberikan, namun, Ahmad Zahid tidak berbuat demikian.

“Jika ada hansard mempunyai isu sensitif melibatkan kepentingan keselamatan negara dan dicadang untuk pindaan atau pemotongan oleh saksi, PAC akan berbincang sama ada membenarkan permohonan itu. 

“PAC juga mendapatkan pandangan daripada Jabatan Peguam Negara yang turut hadir dalam setiap prosiding PAC, dan dalam isu LCS, tiada seorang saksi mengemukakan permohonan sebegini,” katanya. 

Ahmad Zahid baru-baru ini dilaporkan berkata, tidak wajar menuding kegagalan perolehan LCS kepadanya kerana mendakwa, beliau bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu diberikan. 

Bagaimanapun, bekas Timbalan Menteri Pertahanan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Liew Chin Tong mengingatkan supaya tidak mencuba ‘lari’ daripada tanggungjawab kerana Ahmad Zahid yang meluluskan projek (reka bentuk) LCS pada 2011 semasa menyandang jawatan Menteri Pertahanan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya