PETALING JAYA: Gagal mematuhi Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 (Akta 685) sepenuhnya didakwa menjadi antara punca lebih 600,000 golongan itu sentiasa berdepan dengan diskriminasi di negara ini. Antara kebolehaksesan yang termaktub dalam akta yang diwartakan itu adalah kebolehaksesan golongan OKU kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam dan akses kepada kemudahan pengangkutan awam. Selain itu, kebolehaksesan golongan itu juga merangkumi akses kepada pendidikan, pekerjaan, maklumat, komunikasi dan teknologi, kehidupan…










