Kibar Jalur Gemilang atau denda RM250

Kibar Jalur Gemilang atau denda RM250

NORAZLAN Yahaya (depan, lapan dari kanan) bergambar bersama rakan strategik MPK di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN/SYED AZLAN HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengingatkan supaya semua premis di bawah pentadbirannya agar mengibar Jalur Gemilang atau berdepan tindakan kompaun.

Yang Dipertua MPK, Norazlan Yahaya berkata, pasukan penguatkuasa majlis perbandaran itu akan melakukan pemantauan hari ini dan akan mengeluarkan kompaun sebanyak RM250 sekiranya ada pemilik yang ingkar mengikut peraturan pemilikan lesen.

Katanya, sepatutnya pemasangan Jalur Gemilang bermula pada 1 Ogos lalu dan tempoh itu sudah hampir sebulan sebelum menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 tidak lama lagi.

“Sebanyak 80 peratus daripada 7,000 premis dibawah seliaan MPK telah memasang bendera kebangsaan dan bendera negeri sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan.

“Saya harap orang ramai memberi kerjasama  dengan memasang bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri di hadapan premis perniagaan bagi menunjukkan semangat patriotisme sempena sambutan hari kebangsaan,” katanya 

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada majlis anugerah khas rakan strategik MPK Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 44 organisasi kerajaan, swasta dan media menerima sijil penghargaan dan anugerah tersebut.

Tambah Norazlan, terdapat peruntukan menyatakan bendera negeri dan Jalur Gemilang perlu dikibarkan menjelang sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Keputeraan Raja Perlis

Beliau turut mengingatkan cara yang betul memasang bendera iaitu Jalur Gemilang di sebelah kiri dan bendera negeri di sebelah kanan apabila dilihat dari luar premis

Dalam perkembangan lain, Norazlan memaklumkan MPK tidak menamakan jalan raya menggunakan individu yang masih hidup.

Katanya, selain itu terdapat juga nama bangunan dan premis ibadat seperti masjid dan kuil diuruskan oleh pelbagai agensi lain selain daripada majlis perbandaran itu.

“Secara umumnya nama jalan di bawah bidang kuasa kita diambil daripada nama kampung atau kawasan berkaitan manakala nama individu jarang digunakan,” katanya ketika diminta mengulas titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail baru-baru ini yang melarang nama jalan atau bangunan dinamakan dengan nama individu yang masih hidup kecuali nama raja atau sultan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.