Kecewa mayat bapa dibiar lama di bilik mayat

Kecewa mayat bapa dibiar lama di bilik mayat

NOORSAM Mairan menunjukkan sijil pendaftaran kematian bapanya yang dikeluarkan Hospital Teluk Intan ketika ditemui di Kampung Air Hitam di Teluk Intan, Perak semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang lelaki, Mairan Basir, 66, yang dilaporkan hilang pada 23 Julai lalu ditemukan meninggal dunia di tepi parit di Bagan Datuk pada 28 Julai lalu.

Namun yang menyedihkan, identitinya hanya dapat disahkan oleh anaknya, Noorsam Mairan, 42, Jumaat lalu selepas seminggu mayat mangsa berada di Hospital Teluk Intan.

Noorsam berkata, bapanya tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk ke kedai pada 23 Julai lepas dan satu laporan polis dibuat keesokannya.

Katanya, dia difahamkan mayat bapanya ditemukan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah ladang sawit di tepi parit di ladang kelapa sawit Jalan Bagan Datuk ke Sungai Dulang di sini, kira-kira pukul 4 petang pada 28 Julai lalu.

“Saya tidak faham kenapa mayat bapa kami yang dijumpai pada 28 Julai lalu dan di bawa ke Hospital Teluk Intan disimpan di bilik mayat selama seminggu. Malah sudah siap dibedah tanpa pengetahuan atau dimaklumkan kepada kami sekeluarga.

“Saya hanya mengetahui bapa sudah meninggal dan mayatnya berada di hospital sudah lebih seminggu selepas dihubungi untuk pengecaman satu mayat pada 5 Ogos lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga sudah tentu bersedih dengan kematian bapa mereka apatah lagi keadaannya yang meninggal dunia di tepi jalan.

Namun, katanya, lebih dikesalkan apabila berita mengenai penemuan mayat bapa mereka lewat diketahui sedangkan berita kehilangannya dilaporkan kepada polis dan dihebahkan dalam akhbar.

Sementara itu, jenazah Mairan dikebumikan pada kira-kira pukul 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Air Hitam di sini pada 5 Ogos lalu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah menyiarkan laporan kehilangan Mairan dari Kampung Rancangan Pinggir, Kilometer 24, Jalan Bidor, Kampung Air Hitam di sini yang tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kedai pada 23 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya