Jawatankuasa desak segerakan 9 tuntutan dibentuk minggu depan

Jawatankuasa desak segerakan 9 tuntutan dibentuk minggu depan

Tuntutan yang dikeukakan komuniti P-hailing kepada kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komuniti p-hailing akan membentuk satu jawatankuasa pada minggu depan bagi mendesak kerajaan menyegerakan sembilan tuntutan yang dikemukakan mereka menerusi pelan jangka pendek.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan-Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor berkata, langkah itu terpaksa diambil bagi menjamin pendapatan di samping menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, jika pelan jangka pendek itu terus dipandang sepi, maka pihaknya akan memohon campur tangan  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Buat masa ini, masih terlalu awal untuk memberi komen lanjut, tetapi kami tidak akan berdiam diri dan akan terus berusaha sehingga masalah kami didengari Perdana Menteri,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan tuntutan komuniti p-hailing agar harga lantai ditetapkan pada kadar RM5 untuk lima kilometer (KM) pertama dan RM1 untuk setiap KM seterusnya bagi penghantaran pesanan. 

Penetapan harga lantai dengan kadar munasabah penting bagi memastikan tiada pihak mengeksploitasi hak golongan tersebut.

Hal itu kerana, tiada kadar harga lantai ditetapkan pada masa ini hingga menyebabkan penghantar makanan terbeban dengan bayaran upah perjalanan yang semakin sedikit dan tidak membawa pulangan modal. 

Menurut Zulhelmi, setakat ini syarikat pengendali p-hailing masih membisu dan tiada sebarang tindakan diambil mereka di sebalik tuntutan dikemukakan golongan berkenaan.

“Selagi tiada polisi tentunya pihak syarikat boleh terus menganiaya penghantar makanan dan barang, sebab itu penting untuk kerajaan membuat prasyarat tertentu bagi menjamin pendapatan kami terutama berkaitan harga lantai dan menambah baik peta digital.

Sementara itu, wakil daripada kumpulan protes tempoh hari, Mohd. Firdaus Abdul Hamid, 30, menyerahkan kepada Penghantar untuk terus berjuang membela nasib komuniti p-hailing di negara ini.

Katanya, jika kesemua tuntutan itu gagal dipenuhi, maka pihak persatuan perlu memainkan peranan untuk mendesak kerajaan.

“Mogok sudah buat tapi masih tiada jalan, jadi proses seterusnya adalah menerusi Penghantar.

“Tidak akan ada mogok lagi kerana jika buat selalu pun kami yang susah,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya