Harga melampau, roti sosej dijual RM5 - Utusan Malaysia

Harga melampau, roti sosej dijual RM5

PEMILIK kedai yang dikritik hebat oleh orang ramai kerana menjual roti sosej pada harga RM5.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru mendapat kritikan hebat daripada netizen apabila didakwa menjual roti sosej pada harga RM5.

Selepas perkara itu tular dalam media sosial, pihak pengurusan HSI mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan pemilik kedai roti tersebut untuk menurunkan harga makanan itu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut.

“Pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan. Pihak pengurusan hospital juga sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua hari lalu, pemilik akaun bernama Choudhry Sundaram Padiachee meluahkan kekecewaan terhadap pemilik kedai itu yang menjual roti sosej tersebut pada harga RM5.

Dia terkejut melihat tanda harga roti tersebut yang disifatkan keterlaluan dan mahal.

“Saya tanya semula kepada penjaga kaunter untuk mengesahkan harga itu dan dia mengangguk bahawa harganya seperti tertera pada resit tersebut. Jika makanan ini dijual begitu mahal, macam mana keluarga pesakit atau pekerja di sini nak membeli sebagai usaha menyokong perniagaan di hospital ini.

“Adakah sewa tapak di hospital mahal sangat sehingga terpaksa menjual makanan pada harga yang tinggi macam ini? Atau pun harga bahan mentah mahal sangat?” Soalnya menerusi hantaran dalam laman sosial Facebooknya.

Beberapa warganet turut memetik nama (tag) akaun Facebook Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz untuk memantau perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya