Gerakan Muda GTA alternatif Melayu Islam muda

Gerakan Muda GTA alternatif Melayu Islam muda

ABU Hafiz Salleh Hudin (tiga dari kiri) dalam sidang akhbar Gerakan Muda, GTA di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gerakan Muda, Gerakan Tanah Air (GTA) mensasarkan separuh daripada 120 kerusi yang disasarkan GTA pada Pilihan Raya Umum Ke 15 akan datang.

Wakilnya yang juga Ketua Pejuang Muda Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, bagaimanapun, ia hanyalah sasaran kerana Gerakan Muda masih belum diperakui di peringkat Majlis Presiden GTA.

“Gerakan Muda akan menjadi satu alternatif kepada semua orang Melayu Islam terutama golongan muda. 

“Jika mengikut hasrat kami, separuh atau lebih untuk bertanding namun ia bergantung kepada hasil musyawarah di peringkat Gerakan Muda dan Majlis Presiden,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabat Pejuang di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pejuangnita Muda Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi berkata, Gerakan Muda yakin mampu menarik sokongan pengundi wanita muda dengan kekuatan empat sayap wanita muda yang berbeza dengan gabungan parti politik lain dalam negara ketika ini.

 

Katanya, pihaknya mempunyai empat pemimpin utama wanita muda kerana kita ada empat sayap wanita muda yang digabungkan dalam Gerakan Muda GTA dan bawah sayap ada sangat ramai pemimpin wanita muda.

“Ini adalah unik kerana dalam Malaysia, senario politik dari dulu sehingga sekarang adalah ketandusan pemimpin wanita muda.

“Kami berharap melalui landasan Gerakan Muda GTA ini kita berjaya memenuhi lompong pemimpin wanita muda dalam senario politik negara,” katanya.

Minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan GTA terdiri daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), profesional dan ahli perseorangan.

Bekas Perdana Menteri itu mengumumkan gabungan berkenaan akan mempertaruhkan calonnya di 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi menentang UMNO dan kesemua kerusi tersebut diletakkan di kawasan majoriti penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya