Gabungan parti bentuk kerajaan stabil

Gabungan parti bentuk kerajaan stabil

AWANG AZMAN AWANG PAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Parti politik tunggal yang menang dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) akan datang berkemungkinan besar bergabung dengan beberapa parti lain untuk membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.

“Saya kira perkara ini akan terjadi di peringkat Persekutuan, begitu juga dengan kerajaan negeri,” kata penganalisis politik dari Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Beliau berkata, dalam politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada kawan yang kekal.

“Yang kekal adalah kepentingan. Jadi tindakan ini adalah sebenarnya untuk menstabilkan politik negeri dan juga untuk menguatkan atau menstabilkan politik persekutuan.

“Perkara ini bukan sesuautu yang mustahil dan ia memang dijangka berlaku jika tidak ada parti politik yang dominan ataupun yang tunggal yang mampu membentuk kerajaan secara persendirian,” katanya ketika bercakap kepada Utusan Malaysia.

Awang Azman manambah, apabila ini berlaku ia bukan lagi perkara di antara pengundi dan parti, tetapi akan turut melibatkan campur tangan Yang Dipertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri yang mahukan kestabilan politik berlaku agar pembangunan negara dan negeri bergerak ke hadapan.

Menurut Awang Azman lagi, tindakan parti-parti politik bergabung untuk membentuk kerajaan bukanlah sesuatu yang baharu kerana pernah berlaku sebelum ini.

“Kalau kita melihat pengalaman di luar negara (Indonesia) pertembungan antara Jokowi (Joko Widodo Presiden Indonesia) dan Prabowo Subianto (calon presiden yang menentang Jokowi, yang pada awalnya musuh politik, namun apabila Jokowi memenangi pilihan raya sebagai presiden dan walaupun sebahagian besar penyokong Jokowi tidak mahu Parbowo, namun akhirnya dilantik sebagai menteri kanan dalam kabinet Jokowi.

“Kelihatannya rakyat di Indonesia dapat menerima dengan hati terbuka dan selepas pilihan raya mereka melupakan permusuhan politik,” katanya.

Menurut Azman, Malaysia memerlukan agenda pembangunan negara ke hadapan, yang penting tidak ada lagi lompat parti, sebaliknya membentuk kerajaan yang stabil sesuai dengan undang-undang baharu anti lompat parti.

Awang Azman juga percaya selepas PRU nanti, kuasa Agong, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri akan diperlukan untuk pembentukan kerajaan yang stabil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya