Dua maut, motosikal bertembung

Dua maut, motosikal bertembung

KEADAAN dua buah motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Batu Putih, Pulau Serai, Dungun, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Dua termasuk seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing bertembung dalam kemalangan di Kampung Batu Putih, Pulau Serai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam, Muhammad Ruzie Rosemawi, 27, yang merupakan seorang pemandu lori meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Dungun.

Sementara itu,  Muhammad Airie Gaazali, 16,  pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Serai pula maut di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Modenas yang ditunggang Muhammad Ruzie dari arah Kampung Peladang menghala ke arah Kampung Batu Putih tiba-tiba bertembung dengan motosikal Jenis Y15ZR yang ditunggang Muhammad Airie dari arah bertentangan. 

“Pertembungan itu menyebabkan kedua-kedua mangsa tercampak di atas jalan dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kepala,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baharudin berkata, berikutan keadaan yang gelap, sebuah lagi motosikal jenis Yamaha 135LC yang datang dari arah Kampung Batu Putih, turut terlanggar salah sebuah motosikal itu selepas pertembungan tersebut berlaku. 

“Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal itu hanya cedera ringan,” katanya. 

Baharudin berkata, mereka yang cedera  dibawa ke Unit Kecemasan, Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan manakala mayat mangsa pula dibawa ke bilik forensik hospital itu untuk tindakan lanjut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya