Covid-19: 12 kematian, 3 BID dilapor semalam

Covid-19: 12 kematian, 3 BID dilapor semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk tiga kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID).

Menurut laman Covid Now, sejumlah 3,083 kes Covid-19 direkodkan termasuk tiga kes import, menjadikan keseluruhan kes aktif setakat semalam adalah 47,717 kes.

Daripada jumlah tersebut, 41,042 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 35 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, sebanyak 1,578 atau 3.7 peratus lagi dirawat di hospital dengan 62 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Negara dalam masa sama turut mencatatkan 4,229 kes sembuh semalam, menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah 4,635,737 kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN